Sunday, September 14, 2008

Bazaar Ramadhan

Sebut sahaja bulan Ramadhan, Usahawan berpeluang mendirikan Bazaar Ramadhan. Pada kebiasaannya Bazaar Ramadhan dibuka ditanah-tanah lapang seperti tempat letak kereta dan ramai orang boleh berkunjung. DiBazaar Ramadhanlah terdapat banyak juadah yang menyelerahkan sehingga tidak puas tanggan keluar masuk poket.

Bazaar Ramadhan perlu ditambah bagi menyediakan ruang untuk meletakkan meja dan kerusi bagi pengunjung berbuka puasa. Kini pengunjung berbuka puasa berdiri atau dikereta apabila sampai untuk berbuka.

Setelah 15 hari berpuasa apa persiapan anda? Mestilah persiapan untuk menyambut Hari Raya?

Orang kampung lain pula caranya. Ada yang mengadakan majlis kendhuri dan menyediakan kueh yang berbentuk segi tiga dan dibungkus dengan daun pisang. Ada yang memanggilnya "kueh pasung".

Bazaar Ramadhan semestinya memberi peluang perniagaan kepada Usahawan kecil atau mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia perniagaan seperti Orang yang telah bersara.

No comments: