Sunday, November 30, 2008

Koperasi Ditubuhkan

Peserta Program Memperkasa Ekonomi Bangsa yang dianjurkan oleh GABEM diKota Kinabalu pada 28-30 November 2008 menyaksikan penubuhan sebuah Koperasi. Mesyuarat penaja telah berlansung sejurus selepas Program tersebut dan Jawatankuasa Penaja akan mengambil tindakan untuk mendaftarkan Koperasi tersebut.

YBhg Datuk Ramlan, CEO GABEM Pusat telah menyatakan yang Program GABEM ke20 diKota Kinabalu adalah yang terbaik. Peserta harus berbangga dengan ini. Buat pertama kalinya, secara sesuatu yang tidak diduga sebuah Kopeasi telah ditubuhkan yang antara lainnya bertujuan untuk

Membekalkan bahan-bahan pembinaan kepada Kontraktor-kontraktor diSabah,
Membekalkan sistem IBS untuk kerja-kerja pembangunan,
Perladangan dan
Branding produk-produk tempatan.

Thursday, November 27, 2008

Program Memperkasa Ekonomi Bangsa

Program ini berlangsung pada 28-30 November 2008 diKota Kinabalu bertempat disebuah hotel. Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM) ialah penganjur bagi progrm ini. Program ini kali ke20 diadakan sejak ianya dilancarkan pada 6hb Jun 2006. Tujuan dan matlamat program ialah;

Meningkatkan kesedaran dan keinsafanpeserta tenang betapa tertindih, tersisih dan terpinggirnya bangs Melayu/Buniputera dalam ekonomi jika dibandingkan dengan pencapaian bangsa bangsa asing
Menignkat semangat patriotisme ekonomi Melayu/ Bumiputera sebagai pendekatan untuk memperkukuh ekonomi Melayu/Bumiputera sebagai satu bangsa
Meningkatkan pemuafakatan dan sesatuan bangsa untuk mengukuhkan perpaduan dikalangan masyaraakat ekonomi Melayu/Bumiputera
Meningkatkan keberanian dan azam untuk berjihad dalam ekonomi dengan berhijirah minda, menganjak paradigma dan merubah mind set dikalangan masyarakat ekonomi bangsa Melayu/Bumiputera dalam perjuangan memperkasa ekonomi ummah
meningkatkan kesederan untuk memerangi ketirisan dan setiap gejala negatif yang melanda bangsa Melayu/Bumiputera seperti rasuah, pecah amanah dan amalan alibaba

Wednesday, November 26, 2008

DAsoka

Many people may not know this name. DAsoka is the open space next to City Hall of Kota Kinabalu at the end of the famous Gaya Street.

DAsoka will be the happening this end of November 2008 (beginning on November 28). Bring your friends and family there for a fun filled event and activities.

Visit the Exposition organised by MATREK (MARA Tenant Recreation Klub).

Santai diJesslton Point, Tg Lipat, Kota Kinabalu

Jesselton Point mungkin dapat memberi ketenangan kepada Usahawan. Usahawan boleh bawa keluarga atau teman kesana lebih-lebih lagi pada waktu malam.

Disana juga ada gelanggang futsal bagi pengemar futsal, selain jeti untuk feri keLabuan dan Negara Brunei DS.

Monday, November 24, 2008

Usahawan Orang Buta

Jika ada melawat Tamu Jalan Gaya setiap hari Ahad anda kan melihat sekumpulan Orang Buta menjalankan aktiviti urut kaki. Kebanyakan mereka datang daripada Rumah Orang Buta diTuaran. Sambil mereka mengurut kaki mereka bercerita tentang sakit yang anda alami. Urut kaki adakan budaya perniagaan Orang Buta diKota Kinabalu

Thursday, November 20, 2008

Bersantai DiPantai Tg Aru Kota Kinabalu

Sesekali atau dua kali eloklah Usahawan bersantai dengan keluarga dipantai. Diantara pantai yang terkenal diKota Kinabalu ialah Pantai Tg Aru. Pantai terletak diBandar Kota Kinbalu, tidak jauh dan boleh dilawati dengan menaiki bas.

Monday, November 17, 2008

Bazaar Usahawan Yayasan Sabah

Yayasan Sabah tidak ketinggalan dalam usaha membangun Usahawan Sabah. YS akan menganjurkan satu Bazaar Usahawan pada 22-23hb November 2008 diCTMall, Kota Kinabalu. Penyeraan adalah percuma. Usahawan hendaklah mengambil peluang seperti ini dan mengambil bahagian untuk mempromosi dan menjual produk dan perkhidmatan mereka dan mencari pelanggan dan pasaran baru.

Sabah memerlukan lebih banyak aktiviti seperti ini agar pelancong, khasnya Usahawan luar senang mengetahui Ushawan dan produk yang mereka keluarkan.

Friday, November 14, 2008

Selamat Hari Raya Idil Adha

Hari Raya Haji atau Idil Adha akan disambut pada 8hb Disember 2008 (Isnin). Elok tempah lembu siang-siang jika mahu potong lembu untuk 7 orang. Mestilah besar hikmahnya kerjakan korban setiap tahun (bagi mereka yang mengetahuinya). Bukannya senang nak korbankan RM1,900 untuk seekor lembu apalagi dalam kegawatan ekonomi sekarang. Untuk satu bahagian anda boleh beli seekor kibas atau kambing. Tuntutan agama mesti dilakukan seperti juga dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s. Cubalah kerjakan korban untuk mengetahui fadhilat atau kelebihannya. Rezeki anda tidak akan putus-putus sepanjang tahun.

Thursday, November 13, 2008

Gerak Usahawan 2008 Dan Seminar

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia menganjurkan Expo Gerak Usahawan dan Seminar pada 15 dan 16 November 2008 diKota Kinabalu, bertempat diWisma Pertanian.

Gerak Usahawan diadakan setiap tahun bertujuan untuk mengerakkan Usahawan terutama Usahawan Bumiputera untuk lebih bersedia apatah lagi mereka kini berdepan dengan keadaan ekonomi yang kurang meyakinkan.

Mereka memerlukan semangat yang lebih kental untuk menghadapi masaalah 3 F; Fuel, Food and Finance. Harga minyak telah pun turn keparas USD55 bagi satu tong dan harga minyak kelapa sawit juga turun keparas RM1700 yang dianggap tidak menguntungkan oeh industri kelapa sawit. Disebabkan itu, matawang RM juga lemah berbanding USD.

Monday, November 10, 2008

Tawar Menawar Sewa Taksi

DiJakarta juga ada masaalah tawar menawar sewa taksi. Cuma caranya berlainan. Itu sebabnya pelawat digalakkan menaik taksi Blue Bird. Jangan sampai salah. Taksi lain juga warnanya biru. Pemandu Taksi Blue Bird lebih berdisiplin. Pemandu taksi lain lebih banyak bercerita/berceloteh dan menuju kearah mendapatkan tambang lebih daripada penumpang.

Seronok juga naik motosikal sebagai penumpang. Jikalau tidak prihatin sewanya lebih mahal daripada sewa taksi. Semuanya bisa dirunding pak!

Apa lagi naik bemo. Badan kita terasa bergoyang sampai kedalam kerana bemo bergeggar. Pemandunya juga main hantam sewa jikalau kita tidak prihatin.

Usahawan harus lebih prihating tentang sewa pengangkutan awam apabila melawat negara lain. Usahawan harus mempunyai karakter yang lebih agresif agar tidak diambil 'advantage' oleh pemandu. Gunakan meter jika ada meter.