Monday, November 10, 2008

Tawar Menawar Sewa Taksi

DiJakarta juga ada masaalah tawar menawar sewa taksi. Cuma caranya berlainan. Itu sebabnya pelawat digalakkan menaik taksi Blue Bird. Jangan sampai salah. Taksi lain juga warnanya biru. Pemandu Taksi Blue Bird lebih berdisiplin. Pemandu taksi lain lebih banyak bercerita/berceloteh dan menuju kearah mendapatkan tambang lebih daripada penumpang.

Seronok juga naik motosikal sebagai penumpang. Jikalau tidak prihatin sewanya lebih mahal daripada sewa taksi. Semuanya bisa dirunding pak!

Apa lagi naik bemo. Badan kita terasa bergoyang sampai kedalam kerana bemo bergeggar. Pemandunya juga main hantam sewa jikalau kita tidak prihatin.

Usahawan harus lebih prihating tentang sewa pengangkutan awam apabila melawat negara lain. Usahawan harus mempunyai karakter yang lebih agresif agar tidak diambil 'advantage' oleh pemandu. Gunakan meter jika ada meter.

No comments: