Wednesday, December 31, 2008
Secret Garden
Baru saya tahu; ada Secret Garden diSembulan Kota Kinabalu. Secret Garden adalah Double 6 Memorial Park,taman memperingati pemimpin negeri yang telah terkorban dalam satu kemalangan kapal terbang dari WP Labuan.Ada tempat makan dan permainan kanak kanak disana selain tempat untuk bersantai ditaman.
Saya pergi kesana semasa cuti Tahun Baru 2009.
Labels:
memorial park,
secret garden,
sembulan,
tahun baru
Saturday, December 27, 2008
Usahawan Desa
Usahawan Desa memerlukan pasaran yang lebih besar untuk produk mereka. Usahawan Desa kini memasarkan produk mereka secara sendirian.
Kementerian Pembangunan Perindustrian Sabah ada membantu dalam promosi dan pemsaran. Begitu juga dengan MATRADE, ajensi Persekutuan. FAMA tidaka terkecuali.
Fikirkan Pemasaran.
Sunday, December 21, 2008
Dapatkah Usahawan Bertahan?
Tahun 2009 dijangka tidak baik. Usahawan perlu bersiap sedia dan berwaspada dari sekarang.
Elakkan ketirisan dan pembaziran.
Apabila ekonomi tidak baik apa yang harus kita lakukan?
Perlu ubah cara hidup kitakah?
Perlukan kurangkan perbelanjaankah?
Perlu duduk rumah sajakah?
Ramai Usahawan diSabah bergiat dalam pembuatan snek, keripik, keropok, produk dari sumber asli seperti madu,cacing,lintah,kayu manis,rumpai laut dan sedang dalam usaha penjenamaan dan pembungkusan dan memperluas pasaran mereka. Usaha ini masih boleh diteruskan kerana masih ada pasaran jika dibuat dengan baik dan memenuhi syarat syarat dan peraturan yang telah ditetapkah dan selagi ada sokongan dan bantuan dari Kerajaan.
Labels:
Gerak Usahawan,
pasaran,
pembungkusan,
penjenamaan,
usahawan
Saturday, December 20, 2008
Expo Food & Beveragae 2008
Seafood products are hot sales at the Food and Beverage Expo 2008 at Sabah Trade Centre.
Seafood producers are facing a tough time since they cannot export to the EU. Seafood products from Malaysia are banned from entering, EU for the moment.
Friday, December 19, 2008
Expo SDSI
Expo SDSI berlangsung diWisma Tun Fuad Stephens, Karamunsing selama 3 hari daripada 19hb Disember 2008 sehingga 21hb Disember. Produk dari daerah daerah dipamirkan dan dijual diSDSI Expo.
SDSI ialah nama singkatan untuk Satu Daerah Satu Industri. SABAH mempunyi lebih daripada 30 buah Daerah.

industri daerah,
satu daerah satu industri,
sdsi
Thursday, December 18, 2008
Seminar Yayasan Sabah diKeningau
Yayasan Sabah Zon Pedalaman Utara menganjurkan Seminar Keusahawanan dan Motivasi pada 17hb Disember 2008. Seramai 70 orang peserta daripada Keningau, Tenom, Tambunan dan Nabawan telah menghadiri seminar itu. MARDI, FAMA dan Datuk Hj Light memberi ceramah.
Yayasan Sabah telah membuka satu pusat kraftangan dibandar Keningau.

Seminar Branding, Pembungkusan dan Logo Halal
Wednesday, December 10, 2008
Halal Showcase Sabah 2008
Date: 18-21 December 2008
Venue: Sabah Trade Centre, Likas, Kota Kinabalu Sabah Malaysia
Held in conjunction with Food & Beverage Expo 2008
Organizer: Sabah Department of Industrial Development & Research

food and beverage expo,
halal showcase,
Likas
Monday, December 8, 2008
Siapa Yang Lebih Kuat
Mengerjakan ibadah korban tidak semudah yang difikirkan. Sapi perlu diikat dan kadangkala sapi melawan manusia. Ada yang bercakap dengan sapi;
Kau Sapi Akulah Manusia! Faham
Setelah penat lelah pesta makan daging korban setahun sekali bagi golongan yang miskin.
Kerja amal sebegini harus dilakukan oleh Usahawan yang mampu an kerja amal anda itu tidak sia-sia jadinya.
Sunday, December 7, 2008
Keusahawan Bermula Daripada Hobi
HobbyCon2008 telah berlangsung pada 6-7 November 2008 diAsia City Mall. HobbyCon2008 diadakan kali kedua dan ternyata berjaya.
HobbyCon adalah perjumpaan mereka yang mempunyai hobi.
Mereka mempamirkan hobi mereka dan menjual produk mereka kepada orang ramai.
HobbyCon adalah sesuatu perjumpaan dan pamiran yang sihat yang perlu diperi sokongon oleh semua pihak.

Wednesday, December 3, 2008
Program Keusahawanan Peniaga Kecil Daerah Keningau
Yayasan Sabah Zon Pedalaman Utara akan menganjurkan satu Program Keusahawan diKeningau pad 17hb Disember diHotel Perkasa. Diantara kertas kerja yang akan dibentangkan ialah Peluang Peluang Untuk Peningkatan Perniagaan dan
Motivasi Keusahawanan
Program yang dibuat oleh Yayasan Sabah adalah sesuatu yang baik dan Usahawan hendaklah menyambutnya dengan baik dan menghadarinya untuk menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran berniaga.

Cabaran 4M
Merupakan satu acara tahunan diKIULU, TAMPARULI,TUARAN,SABAH,MALAYSIA.
4M ialah Manangkus, Mamangkar, Manampatau, Mamarampanau
Simply said it is an annual event for Running, Bamboo Rafting, Swimming with Bamboo, Walking with Bamboo Stilts
Elephant Ride as supporting events,tamu, Luguan Mamangkar 4M (King of Rafting)
2008 is going to witness only local participants of 214 registration. No foreign participants.
2007 saw 126 participants.
Tarikh Event -7hb Disember 2008
Event ini adalah acara tahunan yang bermula pada Tahun 2000

Sunday, November 30, 2008
Koperasi Ditubuhkan
Peserta Program Memperkasa Ekonomi Bangsa yang dianjurkan oleh GABEM diKota Kinabalu pada 28-30 November 2008 menyaksikan penubuhan sebuah Koperasi. Mesyuarat penaja telah berlansung sejurus selepas Program tersebut dan Jawatankuasa Penaja akan mengambil tindakan untuk mendaftarkan Koperasi tersebut.
YBhg Datuk Ramlan, CEO GABEM Pusat telah menyatakan yang Program GABEM ke20 diKota Kinabalu adalah yang terbaik. Peserta harus berbangga dengan ini. Buat pertama kalinya, secara sesuatu yang tidak diduga sebuah Kopeasi telah ditubuhkan yang antara lainnya bertujuan untuk
Membekalkan bahan-bahan pembinaan kepada Kontraktor-kontraktor diSabah,
Membekalkan sistem IBS untuk kerja-kerja pembangunan,
Perladangan dan
Branding produk-produk tempatan.

Thursday, November 27, 2008
Program Memperkasa Ekonomi Bangsa
Program ini berlangsung pada 28-30 November 2008 diKota Kinabalu bertempat disebuah hotel. Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM) ialah penganjur bagi progrm ini. Program ini kali ke20 diadakan sejak ianya dilancarkan pada 6hb Jun 2006. Tujuan dan matlamat program ialah;
Meningkatkan kesedaran dan keinsafanpeserta tenang betapa tertindih, tersisih dan terpinggirnya bangs Melayu/Buniputera dalam ekonomi jika dibandingkan dengan pencapaian bangsa bangsa asing
Menignkat semangat patriotisme ekonomi Melayu/ Bumiputera sebagai pendekatan untuk memperkukuh ekonomi Melayu/Bumiputera sebagai satu bangsa
Meningkatkan pemuafakatan dan sesatuan bangsa untuk mengukuhkan perpaduan dikalangan masyaraakat ekonomi Melayu/Bumiputera
Meningkatkan keberanian dan azam untuk berjihad dalam ekonomi dengan berhijirah minda, menganjak paradigma dan merubah mind set dikalangan masyarakat ekonomi bangsa Melayu/Bumiputera dalam perjuangan memperkasa ekonomi ummah
meningkatkan kesederan untuk memerangi ketirisan dan setiap gejala negatif yang melanda bangsa Melayu/Bumiputera seperti rasuah, pecah amanah dan amalan alibaba

Wednesday, November 26, 2008
DAsoka
Many people may not know this name. DAsoka is the open space next to City Hall of Kota Kinabalu at the end of the famous Gaya Street.
DAsoka will be the happening this end of November 2008 (beginning on November 28). Bring your friends and family there for a fun filled event and activities.
Visit the Exposition organised by MATREK (MARA Tenant Recreation Klub).

Santai diJesslton Point, Tg Lipat, Kota Kinabalu
Jesselton Point mungkin dapat memberi ketenangan kepada Usahawan. Usahawan boleh bawa keluarga atau teman kesana lebih-lebih lagi pada waktu malam.
Disana juga ada gelanggang futsal bagi pengemar futsal, selain jeti untuk feri keLabuan dan Negara Brunei DS.

feri,
gelanggang futsal,
Jesselton Point,
jeti
Monday, November 24, 2008
Usahawan Orang Buta
Jika ada melawat Tamu Jalan Gaya setiap hari Ahad anda kan melihat sekumpulan Orang Buta menjalankan aktiviti urut kaki. Kebanyakan mereka datang daripada Rumah Orang Buta diTuaran. Sambil mereka mengurut kaki mereka bercerita tentang sakit yang anda alami. Urut kaki adakan budaya perniagaan Orang Buta diKota Kinabalu
Labels:
budaya perniagaan,
Orang Buta,
Tamu Jalan Gaya
Thursday, November 20, 2008
Bersantai DiPantai Tg Aru Kota Kinabalu
Monday, November 17, 2008
Bazaar Usahawan Yayasan Sabah
Yayasan Sabah tidak ketinggalan dalam usaha membangun Usahawan Sabah. YS akan menganjurkan satu Bazaar Usahawan pada 22-23hb November 2008 diCTMall, Kota Kinabalu. Penyeraan adalah percuma. Usahawan hendaklah mengambil peluang seperti ini dan mengambil bahagian untuk mempromosi dan menjual produk dan perkhidmatan mereka dan mencari pelanggan dan pasaran baru.
Sabah memerlukan lebih banyak aktiviti seperti ini agar pelancong, khasnya Usahawan luar senang mengetahui Ushawan dan produk yang mereka keluarkan.

Friday, November 14, 2008
Selamat Hari Raya Idil Adha
Hari Raya Haji atau Idil Adha akan disambut pada 8hb Disember 2008 (Isnin). Elok tempah lembu siang-siang jika mahu potong lembu untuk 7 orang. Mestilah besar hikmahnya kerjakan korban setiap tahun (bagi mereka yang mengetahuinya). Bukannya senang nak korbankan RM1,900 untuk seekor lembu apalagi dalam kegawatan ekonomi sekarang. Untuk satu bahagian anda boleh beli seekor kibas atau kambing. Tuntutan agama mesti dilakukan seperti juga dilakukan oleh Nabi Ibrahim a.s. Cubalah kerjakan korban untuk mengetahui fadhilat atau kelebihannya. Rezeki anda tidak akan putus-putus sepanjang tahun.
Thursday, November 13, 2008
Gerak Usahawan 2008 Dan Seminar
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi Malaysia menganjurkan Expo Gerak Usahawan dan Seminar pada 15 dan 16 November 2008 diKota Kinabalu, bertempat diWisma Pertanian.
Gerak Usahawan diadakan setiap tahun bertujuan untuk mengerakkan Usahawan terutama Usahawan Bumiputera untuk lebih bersedia apatah lagi mereka kini berdepan dengan keadaan ekonomi yang kurang meyakinkan.
Mereka memerlukan semangat yang lebih kental untuk menghadapi masaalah 3 F; Fuel, Food and Finance. Harga minyak telah pun turn keparas USD55 bagi satu tong dan harga minyak kelapa sawit juga turun keparas RM1700 yang dianggap tidak menguntungkan oeh industri kelapa sawit. Disebabkan itu, matawang RM juga lemah berbanding USD.

Monday, November 10, 2008
Tawar Menawar Sewa Taksi
DiJakarta juga ada masaalah tawar menawar sewa taksi. Cuma caranya berlainan. Itu sebabnya pelawat digalakkan menaik taksi Blue Bird. Jangan sampai salah. Taksi lain juga warnanya biru. Pemandu Taksi Blue Bird lebih berdisiplin. Pemandu taksi lain lebih banyak bercerita/berceloteh dan menuju kearah mendapatkan tambang lebih daripada penumpang.
Seronok juga naik motosikal sebagai penumpang. Jikalau tidak prihatin sewanya lebih mahal daripada sewa taksi. Semuanya bisa dirunding pak!
Apa lagi naik bemo. Badan kita terasa bergoyang sampai kedalam kerana bemo bergeggar. Pemandunya juga main hantam sewa jikalau kita tidak prihatin.
Usahawan harus lebih prihating tentang sewa pengangkutan awam apabila melawat negara lain. Usahawan harus mempunyai karakter yang lebih agresif agar tidak diambil 'advantage' oleh pemandu. Gunakan meter jika ada meter.

Sunday, October 19, 2008
Lorong Pembangunan Sabah
Usahawan sedang menunggu perlaksanaan Koridor Pembangunan yang telah dilancarakan pada bulan Disember 2007 diTeluk Sepanggar Kota Kinabalu. Usahawan mempunyai harapan besar terhadap Koridor Pembangunan tersebut. Focus nampak diberi kepada POIC diLahad Datu. POIC adalah Palm Oil Industrial Cluster. Tempat tempat lain belum nampak projek projek yang telah dilancarkan. Kita mungkin terpaksa tunggu selepas bulan Mac 2009 bagi melihata perkembangan positif terhadap pembangunan ekonomi. Peruntukan mungkin di salurkan selepas tarikh itu.
Bagaimanapun Hari Kemerdekaan Sabah dalam Malaysia telah disambut diPadang Merdeka pada 17hb Oktober 2008. Kata YAB PM tarikh itu penting. Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan.

Tuesday, October 14, 2008
Taxi DiBeijing
Ramai orang mengatakan teksi diMalaysia paling teruk didunia. Tapi apa bezanya dengan teksi diBeijing China? Bagi saya sama saja. Mereka jadikan teksi sebagai bisnes. Mereka minta tambang yuan 80 walaupun bayaran meter cuma yuang 17. Bayangkan perbezaan harganya. Cuma diChina teksinya ada cetak resit. Alangkah baiknya sekirany Malaysia juga ikut sama cetak resit. Tapi perangai pembandu teksi mesti perlu perubahan minda yang mendadak; daripada pemandu kelas ke3 dan menjadi pemandu teksi kelas 1. Barulah ada kelas, namanya.
Monday, October 13, 2008
Melawat Beijing
Cuaca diBeijing 21 degrees C, agak panas berbanding dengan Xining, Qinghai,China. Jangan lupa lawat Tian'anmen Square dan Wan Fu Jing Shoppig Street, satu kawasan barangan mewah.Guidu Hotel Beijing menawarkan kadar sewa bilik sebanyak R490 untuk satu malam. Bilik boleh tahan juga. Ada kemudahan internet dibilik yang diberi percuma. Hotel tertelak dikawasan pendudk Islam. Dari airport sewa teksi R161 tidak termasuk R10 untuk toll.
Thursday, October 9, 2008
Xining China
Adakah anda tahun tempat yang bernama Xining diChina? Perjalanan kesana mengambil masa selama 6 jam penerbangan daripada KLIA ke Beijing dan 3 jam lagi keXining daripada Beijing. Cuasa disana amat sejuk sehingga 9 degress Celcius dalam bulan Oktober 2008. Penduduk diXining berjumlan 5.4juta dan sebanyak 1 juta orang terdiri daripada orang Muslim. Lebih 40% berbangs Han dan 23% berbangsa Tibet.
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia menghantar 15 orang untuk menyertai Pemiran Produk Halal dan FAMA menghantar 18 orang. Pamiran bermula pada 10hb Oktober sehingga 12hb Oktober 2008. Dewan Perniagaan Bumiputer Sabah menghantar 3 orang wakil untuk menyertai rombongan perdangangan DPMM. Satu MOU telah ditandatangani oleh DPMM.
Usahawan Malaysian disaran untuk menerokai pasaran luar negara seperti China untuk mempromosi produk mereka, khasnya produk Halal.

Monday, September 29, 2008
Friday, September 26, 2008
Usahawan Pemandu Teksi
Adakah Usahawan pernah pergi keKuala Lumpur? Jika pernah bagaimana pengalaman naik teksa? Sungguh mengesakan bukan? Pemandu boleh tanya, setujukah pembayaran untuk menuju kesesuatu destinasi. Bukankah taxi sudah dibekalkan dengan meter dan kadar telah dipersetujui Kerajaan? Cara sebegini menimbulkan banyak masaalah dan imej yang kurang baik dikalangan pelancong.
Walaubagaimanapun Usahawan Pemandu Teksi juga merupakan Usahawan yang ingin berniaga melalui memandu teksi, bukan? Mereka sewa teksi untuk cari makan. Sewa teksi sebanyak RM50 sehari.
Ada pemandu teksi yang baik hati juga. Kata mereka saya pusing pusing atau pandu saja dan tidak tunggu ditempat orang tunggu teksi. Ada pemandu teksi parking teksi ditempat seperti itu. Satu tabiat yang perlu dibuang dikalangan Usahawan Pemandu Teksi.
Satu pandangan dan pengalaman mendapatkan teksi diKuala Lumpur!

Sunday, September 21, 2008
Usahawan dan kerja amal
Usahawan kini sibuk membuat persiapan menyambut Hari Raya Idil Fitri.
Hanya tinggal 8 hari sahaja lagi sebelum Hari Raya.
Ada Usahawan yang membuat amal jariah.
Ada juga Usahawan yang tingkatkan alam ibadah dibulan Ramadan.
Ada usahawan yang terus berusaha mencari rezeki dibulan Ramadan.
Pendek kata ada berbagai macam ragam Usahawan.
Yang pasti semua Usahawan yang beragama Islam perlum membayar zakar fitrah. Sudah bayarkah? Bayar fitrah adalah wajib.
Ramadan adalah tentang membersihkan diri sendiri melalui Puasa dan Zakat.
Ramadan mungkin sudah memberi Usahawan banyak idea untuk dilaksanakan selebas Ramadan.

Thursday, September 18, 2008
Peniaga Peniaga Kecil Pekan Tamparuli Menerima Payung Besar
Yayasan Sabah Zon Pantai Barat menghadiahkan Payung Besar kepada 20 Peniaga Peniaga Kecil Pekan Tamparuli, Tuaran. Hadiah disampaikan oleh Wakil Rakyat Tamparuli. 20 Peniaga Peniaga Kecil itu telah dipilih khas oleh Yayasan Sabah. Majlis berlangsung pada 18hb September 2008 diPekan Tamparuli.
Peniaga Peniaga diberi maklumat tentang kemudahan yang diberikan oleh Bank Simpanan Nasional dan Peluang Peluang dan Cabaran Mengendalikan Perniagaan.

Tuesday, September 16, 2008
Pasaran Saham Jatuh
Tidak semana-mana kita terbaca atau terlihat diTV bahawa pasaran saham diDow Jones, Amerika Syarikat telah jatuh 500 point.
Berikutan dengan itu kebanyakan saham diseluruh dunia tutu jatuh termasuk diMalaysia, China, Jepun dan EU. Ini berlaku pada 16hb September 2008.
Adakah ini petanda bahawa sejarah telah berulang setelah 10 tahun lalu?
Pada September 1998 Dow Jones Industrial Index telah jatuh sebanyak 512 points.
Kejatuhan pasaran saham akan mempengaruhi ekonomi sesebuah negara. Tetapi kejaturan pasaran saham akan mengembirakan sesetengah Usahawan yang main saham. Mereka akan beli saham apabila saham lebih murah. Yang nak jual saham tu terpaksalah tunggu dulu.
Usahawan China yang mengekspot banyak barang keAmerika Syarikat kini melihat pasaran Asia Barat, yang banyak duit kata mereka.
Usahawan Malaysia bagimana? Nak ekspot kemana?

Monday, September 15, 2008
Seminar Peluang dan Cabaran Pengendalian Perniagaan
Besok Hari cuti umum di Sabah disebabkan Hari Jadi TYT Yang DiPertua. Hari itu ialah hari kemerdekaan Sabah dalam Malaysia (16hb September 2008). Hari cuti kali ini tidak semeriah hari cuti tahun lalu disebabkan Bulan Ramadhan dimana Usahawan yang beragama Islam telah pun berpuasa selama 15 hari pada hari ini. Lagi 15 hari sebelum Hari Raya Idil Fitri.
Ramai Usahawan yang beragama Islam tertunggu tunggu Malam Lailaturkadar; malam yang penuh berkat dan penuh rahmat. Tak pasti kalau boleh jumpa malam itu pada tahun ini. Harap harap boleh jumpa.
Walaupun puasa mesyuarat dan ceramah tetap dilangsungkan. Yayasan Sabah akan menganjurkan satu Seminar diTamparuli Sabah bertajuk Peluang dan Cabaran Mengendalikan Perniagaan. Seminar ini adalah untuk Peratuan Peniaga-Peniaga Kecil (badan mereka besar macam kita juga). Seminar akan berlangsung pada 18hb September 2008 dan akan dilangsungkan perasmiannya oleh YB disana. Semoga Berjaya.

Sunday, September 14, 2008
Mother Of Pearl
Mother of Pearl is actually the shell of the pearl. They make good jewelry. Mother of Pearl can be found in 3 sizes namely large, medium and small and their prices range.
Mother of Pearl can be turned into gifts item in its natural formed or changed into different settings.
Some people thought that Mother of Pearl is the big pearl. Mother of pearl is to me the place where the pearl comes from. It is the mother's pearl.

Bazaar Ramadhan
Sebut sahaja bulan Ramadhan, Usahawan berpeluang mendirikan Bazaar Ramadhan. Pada kebiasaannya Bazaar Ramadhan dibuka ditanah-tanah lapang seperti tempat letak kereta dan ramai orang boleh berkunjung. DiBazaar Ramadhanlah terdapat banyak juadah yang menyelerahkan sehingga tidak puas tanggan keluar masuk poket.
Bazaar Ramadhan perlu ditambah bagi menyediakan ruang untuk meletakkan meja dan kerusi bagi pengunjung berbuka puasa. Kini pengunjung berbuka puasa berdiri atau dikereta apabila sampai untuk berbuka.
Setelah 15 hari berpuasa apa persiapan anda? Mestilah persiapan untuk menyambut Hari Raya?
Orang kampung lain pula caranya. Ada yang mengadakan majlis kendhuri dan menyediakan kueh yang berbentuk segi tiga dan dibungkus dengan daun pisang. Ada yang memanggilnya "kueh pasung".
Bazaar Ramadhan semestinya memberi peluang perniagaan kepada Usahawan kecil atau mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia perniagaan seperti Orang yang telah bersara.

Thursday, September 11, 2008
Mengerjakan Amal Semasa Ramadhan
Wednesday, September 10, 2008
Aktiviti Bulan Ramadhan
Usahawan yang beragama Islam tidak melupakan bulan yang mulia - Ramadhan. Mereka sama sama meraikannya dengan mengadakan majlis berbuka puasa, makan malam dan sembahyang sama-sama dengan jemputan dan sahabat handai.
Sempena itu majlis kebajikan juga dilangsungkan dengan memberi sumbangan kepada pasukan kesalamatan dan badan badan kebajikan yang lain yang kurang bernasib baik kerana tidak dapat bersama-sama keluarga kerana tugas.
Syabas kepada Dewan Dewan Perniagaan yang telah menganjurkan majlis seperti itu.

Tuesday, September 9, 2008
Lorong Pembangunan Wilayah
Apakah yang kebiasaannya dilakukan oleh Usahawan yang beragama Islam semasa bulan Ramadhan alMubarak. Berbuka puasa dihotellah bersama VVIP!
Itu yang dinamakan Jaringan ataupun Networking. Almaklumlah selepas puasa nanti harap harap dapat projek daripada VVIP yang memberi kuasa untuk memberi projek atau kontrek.
Banyak diperkatakan tentang kerjasasama dan perkongsian pintar diantara Bumiputera dan bukan Bumiputera dan Bumiputera selalu dipersalahkan tentang mengalibabakan projek kepada orang lain. Bumiputera kini sedang mencari-cari projek dalam Lorong Lorong Pembangunan yang telah dilancarkan oleh Kerajaan. Lorong Lorong Pembangunan diharap dapat menyediakan peluang dan projek dalam Bajet tahunan dan selanjutnya sehingga 17 tahun lamanya.
Bumiputera megharapkan sebagian aktiviti ekonomi dalam lorong pembangunan akan diberi kepada mereka. Lorong Pembangunan kini telah belalu sejak lebih 1 tahun yang lalu. Kita sedang menanti apakah dia peluang dan projek dalam lorong pembangunan itu

aktivitiusahawan
Usahawan akan berusaha untuk mendapatkan rezekinya.
Usahawan tidak makan gaji atau dibayar upah.
Usahawan menubuhkan perniagaannya untuk mendapat rezeki.
Usahawan menceburi bidang perniagaan yang dia tahu buat atau mempunyai pengetahuan, kepakaran dan pengalaman untuk membuatnya.
Usahawan akan belajar dan mendapatkan latihan dan setelah itu bimbingan daripada pihak-pihak tertentu terutamanya pihak pihak yang menyediakan kemudahan untuk usahawan seperti Kementerian, Jabatan, Ajensi Kerajaan, Institusi Kewangan, Bank dan pihak lain.
Usahawan mesti berusaha sekiranya ingin berjaya dalam aktiviti yang dia jalankan.
Usahawan adalah dianggap berjaya sekiranya telah mendapat apa yang dimahu seperti projek daripada Kerajaan, bantuan kewangan daripada mana-mana pihak, keuntungan, hasil dan kepuasan didalam menjalankan perusahaannya itu.

aktiviti,
kemudahan bank,
produk,
program latihan,
usahawan
Subscribe to:
Posts (Atom)